SOALAN
JAWAPAN
Assalamualaikum, kami kumpulan fastaqeem pelajar institut Alquran Darul Aman (Batch Covid) akan mengongsikan nota-nota daripada hasil pembelajaran kami dalam subjek dhab dan fawasil. Selain itu, blog ini ditubuhkan bagi memenuhi tugasan yang diberikan oleh murabbi kami, Ustaz Muhammad Zaki Bin Abdul Hamid.
SOALAN
JAWAPAN
BARIS HAMZAH
Ulama’ – ulama’ nu’tah bersepakat dalam meletakkan baris
kepada hamzah.
Tempat serta kedudukan hamzah yang akan diletakkan baris iaitu :
1. Ketika tahqiq
2. Ketika tashil
3. Ketika digugurkan hamzah dari pembacaan
4. Ketika bertemu sukun yang asli ( sukun soheh ) eg. قد أفلح ) )
5. Ketika bertemu tanwin eg . ( رحيم ءأشفقتم )
Hal ini demikian kerana, keenam-enam kedudukan hamzah ini kesemuanya masih ada pada lafaz dan penulisan dan hanya sesetengah sahaja yang hanya hilang pada sebutan namun masih ada pada penulisan.
Bagi hamzah yang dalam keadaan IBDAL, disini terdapat dua pandangan yang membahaskannya, iaitu:
1. Hazaf baris hamzah
2. Ditulis baris hamzah dan ini yang diamalkan.
Dihazafkan baris hamzah pada enam tempat iaitu :
1. Ketika mufrad seperti ( أرأيت) mengikut wajah bacaan ibdal
2. Bertemu dua hamzah atau lebih di dalam satu kalimah , dimana hamzah kedua adalah hamzah wasol ( ءĨ ذكرين )
3. Bertemu dua hamzah atau lebih di dalam satu kalimah, dan bukanlah hamzah kedua itu adalah hamzah wasol dan huruf selepasnya sukun ( ءأنذرتهم ) mengikut wajah bacaan ibdal
4. Bertemu dua hamzah tau lebih di dalam satu kalimah dan selepasnya adalah baris baris yang mendatang ( apabila dua sukun bertemu)
5. Bertemu dua hamzah atau lebih di dalam satu kalimah dan selepasnya adalah baris yang asli ( ءألد ) mengikut wajah bacaan ibdal
6. Bertemu dua hamzah didalam dua kalimah
Bagi menggantikan hamzah yang telah dihazafkan maka,
1. Bagi pecahan no. 1 dan 2 , akan dihazafkan baris serta huruf hamzah, namun akan diganti dengan mattoh ( مطة )- tanda mad ( ~ )
2. Bagi pecahan no. 3, akan dihazafkan baris serta huruf hamzah namun terdapat dua pandangan sama ada hendak meletakkan mattah ( ini yang diamalkan ) atau tidak meletakkan mattah.
3. Bagi pecahan no 4. Dihazafkan hamzah dan tidak diletakkan mattah kecuali pada keadaan mad seperti ( ءĨ لان ).
4. Bagi pecahan no.5
dan 6, dihazafkan hamzah dan barisnya serta tidak diletakkan mattah
KEADAAN HAMZAH
Bagi pecahan ini akan membincangkan , keadaan hamzah yang melayakkannya untuk mendapat perumah mahupun tidak.
Ketika mufrad :
Tidak ada rumah bagi hamzah sama ada hamzah terletak di awal
ayat, tengah ayat mahupun di akhir ayat.
Ketika jama’ ( dua hamzah ) :
Sekiranya dua hamzah yang berbeza baris mahupun dua hamzah yang sama baris bertemu antara satu sama lain, maka wajib hazaf salah satu daripada dua perumah hamzah.
Merujuk kepada perbahasan kedudukan hamzah ketika jama’, disini, disertakan dua pendapat yang muncul dalam menentukan perumah hamzah yang manakah patut dihazafkan:
Mazhab Al-Farra’ – dikekalkan rumah hamzah yang pertama dan dihazafkan yang kedua. Pandangan ini digunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan sama baris.
Mazhab Kisa’ie – dihazafkan perumah hamzah yang pertama dan kekal yang kedua. Pandangan ini dugunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan berbeza baris
Ulama’-ulama’ dhab telah menggunakan kedua-dua pandangan ini
seperti mana yang telah dinyatakan diatas.
Ketika jama’ ( tiga hamzah )
Hampir 60 pendapat yang membahaskan keadaan hamzah
ini. Contoh yang menjadi perbahasan adala wajah-bacaan berbentuk istifham
seperti (ءأامنتم )
dan sebagainya. Akan tetapi, disini Cuma kan dijelaskan tiga pandangan
sahaja, iaitu :
Hazaf yang pertama, letakkan perumah pada hamzah kedua dan letakkan alif kecil pada hamzah ketiga seperti ( ءأıلهتنا )
Hazaf yang pertama, letakkan alif kecil pada tempat kedua dan alif pada tempat ketiga
Hazaf yang pertama dan kedua dan letakkan alif
pada hamzah ketiga (ءءامنتم )
TEMPAT / KEDUDUKAN HAMZAH
Sekiranya huruf hamzah itu tidak mempunyai rumah, maka kedudukan hamzah itu hendaklah selari dengan garisan ( mesti berada betul-betul di atas garisan ) tidak kira sama ada hamzah itu berada di awal kalimah, pertengahan mahupun di akhir kalimah.
Eg :
السماء , ءادم ,لرءوف
Sekiranya huruf hamzah itu mempunyai rumah , maka harus diletakkan pemisah diantara huruf sebelum hamzah dengan huruf selepas hamzah ( inilah yang diamalkan) dan tidak diletakkan pemisah .
Eg :
شطئه , شطه
Kedudukan hamzah di atas garisan ini akan berkuatkuasa serta merta sekiranya hamzah itu berada di atas alif ( sebagai perumah ) atau di atas wau seperti أخذ , يكلؤكم dan masing-masing berbaris fathah dan sukun.
Sekiranya huruf hamzah berbaris kasrah إنا maka kedudukannya akan berada di bawah
Bagi bacaan –bacaan yang disertakan dengan idkhol, boleh
memilih sama ada hendak meletakkan alif kecil ( ء´أنذزتهم ) atau meletakkan tanda “dash” ( جرة ) seperti ( ء- أنذرتهم ). Walau bagaimana pun, peletakan alif kecil
adalah yang diamalkan.
والعصر دع للثان عكس الحق ... جوع نفى العراق والدمشقي وهم يراءون عراق حمصهم ... يلد مع الوسواس مك شامهم Kalima...